1. Sentiasa Rasa Dekat
Persahabatan yang sihat ialah kita akan berasa gembira apabila berada dekat dengan teman-teman kita. Sedangkan persahabatan yang tidak sihat boleh membuat kita marah, sedih, takut dan cemas.
2. Adil & Seimbang
Persahabatan yang sihat akan seimbang iaitu sama-sama memberi dan menerima. Sedangkan yang tidak sihat apabila dalam perhubungan berlakunya ketidakadilan. Kita mungkin sering berasa kita lebih banyak memberi perhatian pada sahabat berbanding apa yang diberikan kepada kita.
3. Selamat & Percaya
Kita mungkin rasa selamat dan percaya pada sahabat kita sehinggakan apa jua rahsia tanpa ragu kita menceritakan kepadanya. Sedangkan sekiranya persahabatan yang tidak sihat kita jadi takut untuk berkongsi rahsia dan curiga kalau-kalau dia membocorkan rahsia kita.
4. Tidak Di Paksa
Dalam persahabatan yang sihat,kita sentiasa akan rasa ikhlas untuk meluangkan waktu bersama sahabat dan bukannya kerana dipaksa untuk menghabiskan waktu bersama kita.
5. Saling Menghargai
Hubungan yang tidak sihat tidak melibatkan kepercayaan dan saling menghargai di dalamnya. Padahal hal tersebut adalah hal yang paling penting dalam sebuah hubungan baik dengan keluarga,teman,atau kekasih.


No comments:
Post a Comment